Blog ini merupakan blog rasmi bagi perniagaan Saffhan Food di bawah jenama D'Rayyan Food & Catering. Perniagaan kami menjalankan urusan catering bagi pelbagai jenis acara sama ada kenduri kahwin, doa kesyukuran, jamuan hari lahir, jamuan mesyuarat, dan pelbagai acara lagi.
Selain itu, kami juga menerima tempahan bagi produk ACAR BUAH yang merupakan produk istimewa kami yang diwarisi turun temurun. Rasailah keenakan rasa dan keragupan buah-buahan yang terdapat di dalamnya.
Kami juga merupakan pengedar bagi produk IKAN PEKASAM yang dibuat di Kuala Kangsar, Perak yang terkenal dengan keenakan rasanya yang asli. Terdapat pelbagai jenis ikan seperti ikan loma, lampam, haruan, teruboi, sepat, dan sebagainya. Pastinya menggamit selera anda apabila merasainya bersama nasi panas. Yummm yummmmi
Masakan kami yang sentiasa di cari oleh orang ramai sudah pastinya SATAY. Dengan resepi tersendiri dan dimakan bersama kuah kacang yang enak, sudah tentu anda akan kepingin sekali lagi.
Kami bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda semua. Hubungi kami untuk tempahan ditalian 014-3382689 (Saffuan) atau email ke sales.saffhanfood@gmail.com
No comments:
Post a Comment