Thursday, 19 September 2013

STOK IKAN PEKASAM BARU AKAN TIBA


Kepada peminat ikan pekasam, stok baru akan tiba. Jika tiada masalah, minggu depan stok akan tiba. Ada beberapa jenis ikan seperti loma, lampam, talapia, gelama laut dsb. Jangan lepaskan peluang ini. Harga setakat ini adalah seperti biasa iaitu RM 5.50 untuk sebungkus 180-200 gram. Kali ini ada stok ikan besar juga. Harga akan dimaklumkan kemudian. Hubungi kami di 014-3382689 untuk tempahan segera. SMS tempahan seperti berikut:
NAMA
ALAMAT
BIL ORDER
JENIS IKAN

Saturday, 14 September 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Blog ini merupakan blog rasmi bagi perniagaan Saffhan Food di bawah jenama D'Rayyan Food & Catering. Perniagaan kami menjalankan urusan catering bagi pelbagai jenis acara sama ada kenduri kahwin, doa kesyukuran, jamuan hari lahir, jamuan mesyuarat, dan pelbagai acara lagi. 

Selain itu, kami juga menerima tempahan bagi produk ACAR BUAH yang merupakan produk istimewa kami yang diwarisi turun temurun. Rasailah keenakan rasa dan keragupan buah-buahan yang terdapat di dalamnya. 

Kami juga merupakan pengedar bagi produk IKAN PEKASAM yang dibuat di Kuala Kangsar, Perak yang terkenal dengan keenakan rasanya yang asli. Terdapat pelbagai jenis ikan seperti ikan loma, lampam, haruan, teruboi, sepat, dan sebagainya. Pastinya menggamit selera anda apabila merasainya bersama nasi panas. Yummm yummmmi

Masakan kami yang sentiasa di cari oleh orang ramai sudah pastinya SATAY. Dengan resepi tersendiri dan dimakan bersama kuah kacang yang enak, sudah tentu anda akan kepingin sekali lagi. 

Kami bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda semua. Hubungi kami untuk tempahan ditalian 014-3382689 (Saffuan) atau email ke sales.saffhanfood@gmail.com